Featured Slider

Apa Aku Nak Buat Selepas dapat Brim Bujang 2017

Brim Bujang 2017



Selepas permohonan BRIM Bujang 2017 aku telah diluluskan, aku sudah merancang beberapa plan baru untuk manfaatkan duit tersebut. Oh ya, untuk check status BRIM dan tengok Jadual Bayaran BRIM berperingkat boleh tengok kat sini 

| https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s&y=2016 | .

Untuk permohonan BRIM Bujang bernilai RM450, jadi pastinya aku sudah merangka plan untuk manfaatkan duit itu. Pada mulanya aku ada plan lain untuk guna duit tu, tapi disebabkan plan tak jadi, aku tukar ke plan lain pula.

01. Tempah Hotel di Shah Alam untuk Majlis Konvo Aku
Oleh sebab Majlis Konvokesyen UiTM Shah Alam akan mendahului kali ini, jadi majlis aku akan jatuh dalam bulan April nanti. Jadi aku perlu tempah awal untuk memastikan aku dapat hotel yang berdekatan dengan UiTM nanti (of course akan cepat penuh kan, UiTM Shah Alam kot!). Alhamdulillah aku ada menang boucher dari Traveloka dalam contest Instagram diorang, so nanti boleh kot pakai boucher tu masa tempah hotel. 

02. Cuba Mulakan Bisnes Kecil-kecilan 
Aku ada planning untuk menceburkan diri dalam bidang bisnes ni dan aku sudahpun berhubung dengan pemborong 'produk' tersebut. Ini adalah kali pertama aku nak berbisnes, dulu aku pernah tolong mak aku jual nasik ayam kat kantin sekolah je, hahaha (sekolah agama rakyat dalam pengubahsuaian so mak aku jadi pembekal makanan jap a.k.a kantin tidak rasmi). Kakak aku pun ada perniagaan stationary, adik aku pun meniaga keropok (hati kering weh dia tu jual keropok kat sekolah sampai boleh beli Huawei P9). InsyaAllah semoga berjalan lancarlah plan aku yang ni.

03. Belanja Orang
Hahaha. Aku memang suka belanja orang pun. Dan aku rasa berpotensi besar ni duit aku nak habis dengan bebudak dua ketul kat rumah aku ni. Ya Allah seram pulak bila fikir,hahahahah. Tapi aku rasa, perasan tak korang, rezeki aku tahun ni tak putus, lepas satu, satu aku menang giveaway. Memang aku tak kerja tapi masih ada duit yang masuk, aku anggap itu rahmat dan rezeki yang dibawa dua budak kecil tak berdosa ni dalam rumah aku, dan bila aku jaga, aku lah terkena tempiasnya. Subhanallah, Alhamdulillah. Jangan lupa belanja parents juga, kekekeke.

Okaylah plan banyak-banyak pun belum tentu jadi pun, apalah sangat RM450 boleh buat zaman sekarang ni. Jadi inilah plan utama aku untuk duit kali ini. 

Korang dapat BRIM tak? So apa plan korang selain menabung?



Follow

GIVEAWAY #1 BY AISYAH


Klik Banner untuk Join | Ini adalah kali pertama aku jumpa blog Adik Manis yang bernama Aisyah ini, dan jumpa pula giveaway ni, hahaha. Jomlah korang ramai-ramai memeriahkan giveaway Aisyah ni. 

3 peserta bertuah akan memenangi perfume pen Riffora ni, dan semua peserta akan dimasukkan kedalam bloglist selama 5 bulan! Yeppieee. Kiranya 2 dalam 1 la giveaway ni. Tarikh tutup penyertaan adalah apabila cukup 50 orang join, fuh kena cepat ni. Sekarang pun dah 8, 

Aisyah tanya, KENAPA NAK JADI PESERTA BERTUAH?

Mestilah nak jadi peserta bertuah sebab aku suka perfume! Nak nak pula aku pernah kerja kat kedai perfume, jadi banyak jugalah bau perfume aku tahu dah, cewahhh. Padahal aku tahu yang aku suka je.

Okaylah dari penyiasatan aku terhadap Pen Perfume Riffora ni, perfume ni adalah EDT dan baunya adalah inspirasi daripada perfume-perfume terkenal. EDT ni tahan selama 8 jam kat baju kalau kat kulit tu ikutlah kulit korang lembap ke kering.


Omagad! Banyaknya bau yang aku suka, Nina Ricci tu paling favorite lah. Selain tu aku suka Gucci Flora, Forbidden Rose, dan Midnight Fantasy (manis giler bau ni, rawrrrr) Hahaha tetiba, ampunkan aku. Ni la kalau jumpa perfume jadi ginilah. Hahah. 

Kalaulah aku terpilih menang (cewah perasan), memang aku attack Nina Ricci tu la, kekeke. Bau wangi oh, dulu masa kerja aku spray bertubi-tubi yang tester punya. Balik rumah mak aku tanya, 'BAU APA HANG NI? KUAT BETOI.' Hahahaha. 

Hihihi okaylah banyak pula membebelnya. Entah kena sampuk apa sekarang ni, entry giveaway pun nak berletiaq panjang (padahal tricks duk mengorat Adsense) hahah. 

Email : maizanfauzi93@gmail.com


Follow

Birthday Giveaway Nur Imani

Birthday Giveaway Nur Imani

Klik Banner Untuk Join
Tarikh Giveaway ini adalah 20.02.2017 sehingga 28.02.2017
Pengumuman Pemenang pada 01.03.2017
Hadiah akan dipos pada 03.03.2017

*****
Assalamualaikum, hai semua. 

Sempena birthday adik Imani pada 3 March 2017 nanti, aunty Mai nak wish lah happy birthday in advance. Eh boleh guna tak panggilan aunty? Hehehe dah terbiasa budak panggil aunty + tak ada adik kecil + dah tua, hahaha. 

Birthday imani

Nah aunty buat birthday card khas untuk Imani. dan,,,, jeng jeng jeng,,,, ada hadiah lagi ni untuk Imani.
❤❤❤❤
❤❤❤
❤❤
PRINTABLE BOOKMARKS FOR IMANI


Minta tolong ibu untuk download pdf dan print kalau suka penanda buku ni. Hihihi. Aunty buat khas untuk Imani sebab aunty tahu Imani suka membaca. Alhamdulillah, kekalkan semangat itu sampai bila-bila ye.

Happy birthday!

Follow

Pencarian Bloglist

Pencarian Bloglist