Mak borek anak rintik.

Suatu hari yang hujan, anak-anak buah merengek menangis nak main playground. Pening juga kepala aunty ni ha, pastu teringat yang dalam Tesco Ampang kan ada playground. Aku pun bawak la sikenit sikenit dua org ni pergi main.

Sampai sana, si kakak main slide , dah la pakai dress terselak sana sini, aku biar je,nama pun budak-budak. Aku layankan si adik main rumah kecik-kecik tu. 

Tiba-tiba terdengar orang mengumpat budak pakai baju pink yang terkangkang main slide tu, eh tu anak buah aku tu yang diumpat.

Eeiii geramnya aku. Korang ni datang nak main ke nak mengumpat. 

>.<

Teruknya perempuan kaki mengumpat, sampai anak pun jadi kaki mengata. Umur baru 5-6 tahun dah pandai sohseh sohseh belakang orang.

Kalau lelaki nak cari isteri,carilah yang mulut baik-baik sikit. Iman tak dapat diwarisi,tapi perangai teruk begitu boleh jadi tabiat kalau terbiasa dari kecik.

Buat ibu-ibu, jadilah contoh terbaik untuk anak-anak. 

Sekian terima kasih.








  







Previous
Next Post »