Movie Review | Savaged (2015)

by - October 20, 2016



General Audience
Parental Guidance
PG-13
18SG/SX
Mesti Tonton

My Review
Filem in bergenre Horror/Action/Fantasy mengisahkan Zoe seorang gadis pekak dan bisu, yang ingin berpindah untuk tinggal bersama tunangnya. Dalam perjalanannya yang melalui beberapa highway sunyi, dia bertembung dengan seorang lelaki Native American yang sedang dalam kesusahan. So dia yang baik hati ni pun nak tolong lelaki tersebut, malangnya dirinya sendiri terjebak dengan sekumpulan orang jahat puak redneck. 

Dia kemudian ditangkap untuk dirogol dengan kejam. Walaupun Zoey ni bisu, tapi dari mata dan reaksinya cukup menceritakan setiap derita yang dia rasa. Tangan dan kakinya diikat menggunakan dawai tajam, dia tak menyerah. Dia berjaya keluar, tetapi malangnya dia dapat ditangkap semula dan ditikam oleh salah seorang lelaki redneck itu. Setelah Zoe dibunuh kejam, dia ditanam dengan tidak sempurna. 

Tunang Zoe (Dane) mula tak sedap hati dan terus report polis sebab Zoe tak sampai-sampai, kemudian dia sendiri mulakan misi untuk mencari Zoe. Kemudian Dane mendapat panggilan telefon dari Zoe menggunakan telefon awam, sebabkan Zoe ni bisu, Dane terpaksa trace panggilan tu dari mana dan dia terus pergi kesitu untuk mencari Zoe.

Movie rape revenge ni nak sama konsepnya dengan I spit on Your Grave tapi lain sikit sebab Zoey ni dah mati sebenarnya, tapi dia kembali untuk membunuh seorang demi seorang penjahat. Zoey ni hantu ke? Macam mana jadi macam tu? Apa nasibnya penjahat-penjahat tu? Dane jumpa Zoey balik tak? Kalau nak tahu korang tengok sendiri, kekekeke.

Sedih tau. 

Sobs. 

You May Also Like

2 orang rajin komen