Benarkah Muzik Dapat Menenangkan Kucing?

by - November 13, 2016



Budak ni adalah dilarang untuk masuk tidur dalam rumah sebab dia suka pancut merata dan pukul kucing lain. Tapi mama dah letakkan kain dan kerusi untuk dia tidur kat luar rumah. Tapi malam ni dia panjat bumbung dan ketuk tingkap bilik aku. Ya Allah, apa hang buat ni adik, kakak risaulah hang main tinggi-tinggi.

Takkan aku nak biar dia kesejukkan kat luar kan. Tapi selalu dia masuk rumah dia mesti buat hal, sekelip mata ja kalau aku tak pandang dia. Aku dah buntu sangat ni. Nak letak luat sayang kucing, nak bagi dia tidur dalam rumah nanti mama marah pula.

Aku dapat idea! Selama ni aku tak percaya tau dengan lagu dapat menenangkan seekor kucing. Bergurau ke apa, kucing layan ke lagu bagai ni.

Tapi kira ikhtiar terakhir la sebelum aku terpaksa dengan berat hati nak letak dia kat luar.

Aku pasang lagu ni...


Alhamdulillah menjadi! Owen tengah tidur sebelah aku, tadi dia peluk tangan aku lepastu sekarang dia tidur tepi badan aku yang tengah meniarap sambil menaip entri ini. Thank you siapa yang buat video ni! Owen tidur! Yeay!
Tetiba rasa macam tahu perasaan mak mak kalau anak dia tidoq. Hahaha.

You May Also Like

4 orang rajin komen

  1. iye ke ... Unni baru tahu, blh buat ujukaji jgk ni

    ReplyDelete
  2. hihihi bukan baby je ada sleeping lullaby tau. kucing pun ada!

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. Baru tau..
    Ingatkan manusia je nak kan lullaby nie..
    Pergh!! Comel sangat nie..

    ReplyDelete