Cabaran 30 Hari Blogging | Binatang paling menakutkan


Ermm ape ye binatang paling menakutkan? Sebenarnya more to geli la, aku tak takut sangat, contohnya macam ular or harimau tu, memang aku takut, tapi kalau ada tuan kat tepi yakinkan aku yang dia jinak, aku boleh je pegang. 

Tapi satu binatang yang tak liar dan ganas pun, tapi aku tetap geli. Dah tak boleh tolong dah tahap geleman tu boleh jadi macam kena histeria. HAHAHA.

Binatang apa?

cicak menari

Tada! Ada dua kisah pasal binatang ni yang masih segar di ingatan, hahahah.

KISAH 1 

ali cafe kopi segera

Abah menghulurkan plastik kopi segera macam kat atas ni kat aku, sebijik macam gambar tu.

"Ijan tolong ambilkan satu paket dalam tu untuk abah."

Aikk abah ni kenapa tak ambil sendiri pulak, aku pun pelik, tapi dah abah kan garang, berani kau nak melawan, hahaha, aku pun ambil dari tangan abah. 

Aku dengan konfidennya seluk la tangan dalam tu untuk ambik sepaket.

Tapi tersentuh benda lain.

Aku tengok-tengok , "WUagHhhhhhahHHHHH!!!!! CICAK!!!" Dah macam orang kena sampuk dah. Abah pula mengekek gelakkan aku, hahahaha. Cis. Nasib bapak sendiri.

Abah suka mengusik mama juga, sebab kami dua penakut cicak, nanti mama dan aku pun jerit la berjemaah. HAHAHA. Adesh.

KISAH 2
Kisah ni berlaku kat rumah sewa, masa tu semua orang balik, tinggallah aku seorang diri. Aku pun amik keputusan nak mengemas lah sebab bosan sangat. Aku pun start dengan menyusun koleksi beg beg aku yang jarang aku pakai kat bawah katil tu.

Aku buang habuk habuk semua.

Tiba-tiba aku jumpa satu manik dalam beg tangan lama aku. Aku pelik la bentuk manik ni unik betul. So aku pun belek belek.

sumber : http://farahfaisyah90.blogspot.my/2011/03/telur-cicak-sebagai-ubat.html

Yes macam gambar kat atas ni bentuknya. Aku pun picit picit, bomm meletup kebabom! Melekit2 cairan dalam dia siap ada anak cicak dh ada rupa dah.

Bergegar hutan Beting tu aku rasa dengan jeritan aku.

Malam tu, aku tarik selimut, cak cak cak cak bunyi cicak kat tingkap, menggeletar aku ketakutan sebab aki ingat mak dia datang nak balas dendam kat aku. HAHAHA dah diploma pun masa tu masih sengal lagi.

Ada lagi kisah aku nak pergi beli makanan berbuka dengan anak buah aku sbb malam tu aku berbuka sorang sebab kakak and abang ipar aku tak boleh balik awal. So kakak kata bawa la kereta lama abang ipar aku tu pergi beli, kereta tu lama tak start dah sebab kakak aku tak reti bawa manual dan abang ipar aku pula pergi kerja dengan kereta baru. Aku pun dengan konfidennya bawa anak buah aku pergi beli makanan petang tu. Tiba tiba cicak dari celah mana datang kat dashboard tu, aku stop tepi jalan sambil tarik anak buah aku keluar, dan halau dia ,punya degil nak keluar ler cicak tu. Last2 aku pergi tgk lauk semua dah habis, dan aku berbuka puasa lambat hari tu, sadis betul.

Demikianlah...kisah aku dan cicak. Korang berani pegang cicak tak?
Previous
Next Post »

14 Comments

Click here for Comments
Lea Azleeya
admin
11/24/2016 9:52 PM ×

Hahahah gitu sekali yek takutnye.. Tp memang geli pown cicak.. huh

Reply
avatar
11/24/2016 11:30 PM ×

hahahahhaha. ya Allah mai. kenapa sama ni. busyra paling tak suka. geli adalah binatang bergelar cicak. sampai skrng jd macam mai takut2. fobia. busyra dulu masa tingkatan 3 kalau tak silap main dekat tepi pokok bunga jejarum, main punya main. pastu rasa dalam baju, dok kodek2. eh apa benda ni kan. last tu pekup dia lepas tu nak tengok la kan apa benda lembek2 tu. tngok2 nampak kepala dia. wekkk. dari situ la yg tak suka cicak. boleh nak merayap dalam baju. eshhh.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/25/2016 1:39 AM ×

Fuh kalau mai jadi mcm tu pengsan dah paa, hahahaha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/25/2016 1:40 AM ×

Uihh geli kak lea. hahahaha.. sapa berani pegang mmg tabik ler.

Reply
avatar
11/25/2016 2:31 AM ×

same sy mai, sgt geli dgn cicakkkkk dan bencii sbb sukaa buat projekk merate2 eww. =(

Reply
avatar
BudakVanilla
admin
11/25/2016 2:40 AM ×

sama la. BV pun paling geli la cicak nie. T^T

Reply
avatar
Unni Anje
admin
11/25/2016 4:44 AM ×

geli mai!! UNNI pun ada kisah pasal cicik tengah berjalan dalam umah jatuh masuk baju T_T, NASIB TIME DARJAH, mau tak meroyan satu rumha!!hahahahhahah

Reply
avatar
ayunie ramli
admin
11/26/2016 10:42 AM ×

Tragis btoii cite mai dgn cicak nii :) tp mek lebih takot lipas drp cicak --' lipas ni, acah acah berani tau. Laju dtg mluru kat kita pastu jarak 1m dia tk pecut dah, dia trbang pulak ! Binatang btoii

Reply
avatar
Reen Johari
admin
11/26/2016 9:03 PM ×

Hahaha abah mai kuat menyakat juga ya. Sampai boleh terfikir mak cicak nak balas dendam.. Hahahaaa

Akak tak geli.. Boleh je pegang walaupun ladang terasa tangan cicak tu melekat kat kulit tangan akak. Hihi

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/27/2016 12:49 AM ×

Tahu takpa, kalau nak sapu belakang almari ke, siap sedialah, penuhhhhh taik cicak,hahaha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/27/2016 12:50 AM ×

Fuhhh memang kalau jadi mcm ni, memang meroyan, confirm, hahahaha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/27/2016 12:51 AM ×

Terbalik la kita, mai boleh handle lagi lipas ni, tp kalau cicak mmg give up.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/27/2016 12:52 AM ×

Memang kuat menyakat, kalau dia senyum2 tu jaga2lah, hahaha...

Dasyatnya akak, eeeeiii tak bleh bayanglah kalau Mai, rasa nak potong tgn tu,hahaha

Reply
avatar