Cabaran 30 Hari Blogging | Tips Kemas Rumah


Ya Ampun! Boleh pula aku lupa nak update cabaran 30 hari ni semalam. Hehehe, tak kira nak update juga, boleh kan, kira acilah eh...So jom kita ke next topic : TIPS KEMAS RUMAH. Huh agak susah tips ni sebab aku ni jenis kemas bila rajin je, ekekekeke. Disebabkan aku ni pemalas so aku selalu memaksimakan sebab untuk aku kemas rumah. So aku tukar sikit la topik ni jadi tips kemas rumah untuk pemalas, boleh?

TIPS KEMAS RUMAH UNTUK PEMALAS

1. Sentiasa letak barang kat tempat asal selepas guna.
Kalau kita letak barang merata selepas guna, nanti bersepah lah kan. Kalau bersepah kena buat apa? Kena kemas rumah sampai berlecak ketiak peluh, adeh, tak best kan wahai pemalas sekalian? Eh, hahaha. So setiap kali guna sesuatu tu letak balik kat tempat asalnya so rumah kita sentiasa nampak kemas jadinya nanti tak payah penat sangat nak simpan banyak barang, just sapu habuk je. Lalala~

2. Basuk periuk sambil memasak makanan lain.
Daripada duk menungkan masa depan yang kejap mendung kejap cerah tu sambil menghitung minit nasik nak masak, baik basuh je periuk belanga bekas masak lauk tadi. So nanti lepas makan, perut dah kenyang, sendat, tak payah siksa diri kat dapur basuk periuk belanga banyak-banyak lagi. Sedih tau nak sandar perut berat penuh makanan kat singki tu sambil mengosok kotoran yang degil lagi berminyak.

3. Guna clorox untuk basuh toilet.
Rahsia aku masa duduk rumah sewa dulu, kalau time aku basuh je mesti toilet berkilat. Nak tahu bagaimana? Ececeh, aku guna CLOROX. Aku sembur je, lepas tu aku biar selama 15 minit, then aku datang, sental sikit sikit je tak payah banyak sebab kotoran semua dah terhakis, aku bilas, wah berkilat boleh cermin muka kat jamban tu. Lepastu aku baru basuh lagi sekali pakai pencuci toilet pelbagai jenama yang banyak jenis bau duk ada, lavender la rose la apa lagi tak ingat,hahaha. Haaa so aku share kat semua orang supaya takda yang nak mengelat sebab kat rumah mak bapak hangpa ada bibik hangpa tak penah basuh toilet so geli ke hapa, takdak alasan okay! Semua kena buat sebab semua guna! Eh garang plak hakak bagi tips sambil emosi.

4. Sambil sambil 
Sambil sambil je buat ni supaya tak terasa sangat, contohnya nak turun bawah, sambil tu ambil penyapu, sapu tangga tu. Nak mandi, sambil tu sembur la bilik air tu tenyeh sikit sikit. Sambil lipat baju kemas la almari tu sekali. Haaa kan senang buat sambil-sambil gitu...

5. Pasang lagu favorite sambil mengemas.
Sambil tangan kaki semua duk mengemas rumah tu, pasang lagi favorite hangpa so nanti boleh menyanyi sekali sambil menghiburkan hati hangpa yang terpaksa mengemas tu. Hahahaha. Nanti sat ja kerja habis tak sedaq sebab duk kemas sambil nyanyi..

So ini sajalah tips yang aku mampu bagi, teruk betui sifat pemalas ni, tak bagus sebenaqnya, tapi slow-slowlah berubah okay. Hihihi. Lebih baik pemalas yang buat kerja jalan singkat dari orang mengaku rajin tapi tak buat apa pun duk mengharap orang lain ja. Eh, okbai! 

Tata.


Previous
Next Post »

11 orang rajin komen

Click here for orang rajin komen
11/06/2016 1:30 AM ×

hahaha. busyra paling suka yg no 5 tu.

Reply
avatar
11/06/2016 2:34 AM ×

Wahh.. Rajinnya CikMai buat challenge nie.. heheh info yang bagus untuk orang pemalas nak kemas rumah.. Macam saya pun pakai no 3 dan 5 untuk kemas rumah...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/06/2016 4:28 AM ×

Kan, tapi kena dengar lagu rancak la, baru jalan kerja,hahaha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/06/2016 4:29 AM ×

Hihi senang kan kerja membasuh dgn clorox...

Reply
avatar
Unni Anje
admin
11/06/2016 6:01 AM ×

guna Clorox tu... kena cuba lepas ni, kalau unni kerajinan g berus bagai.. hahahahaha.. lgi power tip mai ni!!!

Reply
avatar
ayunie ramli
admin
11/06/2016 2:12 PM ×

Info yg brguna mai :) klau sepah lg xtahu la.

Reply
avatar
Eeca Shyaa
admin
11/06/2016 3:42 PM ×

kalau kemas bilik yg paling best. kalau jumpa benda yg lama dah tak guna mesti tehegeh nak cuba try. try itu ini. lastnya kerja mengemas yg sepatutnya siap dlm masa 30 minit jadi 2 jam pulak :P

Reply
avatar
Husna Rahman
admin
11/06/2016 3:47 PM ×

bagusnya buat camni...nak tiru jgkla... hihi

no 5 tu win la CikMai...

Reply
avatar
11/07/2016 7:08 AM ×

Tips no 2 tu memang akak buat..
Sambil memasak sambil membasuh periuk dan pinggan yg diguna..
Tak leh tgk sinki semak..
Satunlaghi lepas makan terus basuh..
Takde lah pinggan mangkuk berlonggok dekat sinki..

Reply
avatar
Reen Johari
admin
11/07/2016 12:19 PM ×

Akak suka dengar lagu sambil mengemas atau memasak.. Hihi kalau dtg buang tebiat siap joget hahahaa.

Reply
avatar
Mila Ahmad
admin
11/08/2016 1:19 PM ×

eh kok sama,cara akak pun macam tu tapi part tandas tu biasa tugas suami akak walaupun tandas kami berlainan, dia guna tandas luar akak guna tandas master bedroom tapi part membersih dia ambil alih.

Reply
avatar