Senangnya berangan.


Sekarang aku tahu kenapa boleh wujudnya peribahasa 'bagai katak dibawah tempurung'. 24/7 duduk dalam rumah sambil main dengan kucing, memang tak ada idea nak update blog. Lepastu aku tersedar lagi kenapa timbulnya peribahasa 'jauh berjalan luas permandangan'. Permandangan lahir dari sebuah pandangan kemudian meransang otak ligat berjalan, dan tangan pasti lincah juga menulis. Tengok aku merepek lagi.

Berangan ni senang je, bayar dengan secawan kopi o panas juga perlu sofa yang empuk, sambil lemparkan pandangan ke luar jendela dan biarkan fikiran bebas menerawang ke sana-sini. Tapi bila datang mood logikal tu tergelak pula aku dengan angan serupa unicorn comel dialam barbie yang anak buah aku suka sangat tu, ah aunty pun sama je lebih kurang rupanya. Kuat berangan.
Lepas belajar ni aku nak kerja lepastu kahwin. Yeay!
Boleh tahan innocent juga aku waktu tu, belum tahu erti permohonan kerja ditolak. Kahkahkah, Gelakkan diri sendiri. Ingatkan bolehlah hidup seindah 'Sayangku Kapten Akmal Mukhriz' rupanya kalau nak novelkan kisah aku pun maybe tajuk yang layak berbunyi 'Bakal biniku blacklist ptptn'. Cis, nak bayar ptptn pun tak mampu lagi ada hati nak bina mahligai. 
Kan best kalau dah sihat tak payah pegi sepital lagi 
Tak nak pergi hospital lagi adalah impian paling dongeng sekali. Makan ubat pun tak betul sangat ada hati nak selamat dari amukan seorang doktor yang caring. Tapi tulah nak buat macam mana kalau aku suruh orang telan 6 bijik sehari, setiap hari, dekat 2 tahun, tak bosan ke? T_T. 

Heh, entahlah syndrom berangan melanda sekarang ni. Duduk saja tenung dinding pun dah merata imaginasi aku meliar. Susah nak kawal. Maybe patut beli dreamcatcher tak? Hahaha. Eh alang alang cakap pasal dreamcatcher ni aku nak promote business kawan aku masa mrsm dulu, dia jual, cantik tau. Kalau korang beminat bolehlah follow instagram >Princess Dream Catcher<

Gambar hiasan
Previous
Next Post »

16 Comments

Click here for Comments
11/09/2016 6:57 AM ×

Hahaha.. usah kata Mai.. Akak yang ada anak dua nie pun kadang-kadang duk tepi jendela dan berangan.. Berangan tak perlukan duit.. Malah boleh memacu minda menjadi kreatif.. Akak doakan semoga Mai cepat sembuh ye.. Pelan-pelan cari, insya-Allah akan ada rezeki Mai nanti..

Reply
avatar
Reen Johari
admin
11/09/2016 9:25 AM ×

Wah! Dream catcher. Belum pernah lagi akak jumpa orang Malaysia jual dream cather. Jakon jap. Hihihi

Bab "Lepas belajar ni aku nak kerja lepastu kahwin. Yeay". Dulu akak pun macam tu dik. Hihi dalam fikiran kita nampak mudah. Tapi.. Bila dah lalui. Fuh! Kesabaran...

Sama juga seperti alam perkahwinan. Dulu akak tak sabar nak kahwin. Dalam fikiran hanya fikir bestnya..bestnya.. Dapat kumpul pahala byk2. Dapat manja2 gn suami tanpa batasan.. Dpt sentuh2.

Tapi.. Bila dah kahwin, hambik kau. Boleh jatuh terduduk bila teringat dlu kahwin ni mudah. padan muka kat diri sendiri. :D

Bab ubat.. Bab jumpa doc. Akak pun kadang berangan, "bestnya kalau dah sihat, tak perlu g check up, tak perlu makan ubat lagi"

Cumakan.. Kadang kalau kita fikir side positive, sakit ni yang buat kita lebih matang. Lebih ingat pd Allah..

Reply
avatar
Unni Anje
admin
11/09/2016 10:50 AM ×

angan2 tu yang blh mbawa kejayaan.. tnpa angan2 kita x kemana.. jgn pulak angan2 tanpa usha dan Doa.. In sha Allah mai, Unni doa kan mai dpt keja cepat yng sesuai dgn mai.. benda baik memang sllu lambat

Reply
avatar
anzra rizal
admin
11/09/2016 11:48 AM ×

berangan tu FREE dik , mana tahu angan-angan boleh jadi kenyataan, cikmai sakit ka , harap cikmai cepat sembuh ya

Reply
avatar
Puan Wawa
admin
11/09/2016 12:36 PM ×

singgah lunch..")

Reply
avatar
Mila Ahmad
admin
11/09/2016 2:01 PM ×

jangan kau berangan nak kawin awal itu sweet dik indah khabar dari rupa hahaha...oh tu namanya dream catcher akak tau lama dah bentuknya sbb ada org lukis inai design cam tu tapi tak tau nama huhu...

Reply
avatar
11/09/2016 2:01 PM ×

banyak benda yang boleh jadi dengan asbab berangan...

Reply
avatar
ayunie ramli
admin
11/09/2016 3:21 PM ×

Berangan tk slh dik. Berangan tu slh satu booster untuk kita capai. Tp kne usaha la ;)

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/09/2016 5:26 PM ×

Bestkan berangan, thanks semua doa kak sha <3

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/09/2016 5:30 PM ×

Banyak lagi perlu sy belajar dan perbaiki, sbb tu Allah tak bagi kahwin lagi kot, hahahaha...

Seronokkan kalau dh sihat, harap nanti kita berdua sembuh betul2, tak sabar tunggu dr cakap semua dh normal...Hikmah disebalik sakit tu mmg perlu dicari kan, betul cakap kak reen, sakit ni buat kita lebih matang dan ingat pada Allah.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/09/2016 5:31 PM ×

Aamiin aamiin, hahaha moga masin mulut unni tu, hihi.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/09/2016 5:32 PM ×

Berangan free, nak capai angan tu yg kena bayar dengan usaha sikit, hehehehehe..aamiin, thanks Anzra <3

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/09/2016 5:33 PM ×

Heheh thanks singgah sini Pn. Wawa..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/09/2016 5:34 PM ×

Hahahaha, betul tu kak Mila, dengar kawin muda mmg syok, pikir balik kalau duit tak stabil boleh bwak perang nanti, hahaha.

Cantik kan dreamcatcher tu, tapi xtau pula ada design henna begitu

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/09/2016 5:35 PM ×

Yang penting berangan perkara positive , kan, kalau berangan kelaut tu nanti jadi overthinking pula, hahaha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/09/2016 5:36 PM ×

Hahaha yeap Kak Mek, berangan dulu, lepastu usaha, baru tawakal. :D

Reply
avatar