Sifat Orang Sombong

by - November 24, 2016

sifat orang sombong

Assalamualaikum, hi.

Pada petang yang indah ini, marilah kita buat checklist @ menilai @ muhasabah diri kita adalah kita tergolong dalam ciri-ciri orang yang sombong?

CIRI-CIRI ORANG SOMBONG

1. kita sukar nak terima teguran dan nasihat.

 2. merasakan pendapat kita lebih baik daripaad pendapat orang lain. 

3. Angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila ungkapan menakjubkan yang meyakinkan agar nampak seperti orang mulia, hebat, berwawasan luas, mengerti, berakal, dan berpendidikan. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya.

4. Riak : Berbuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu kerana selain daripada Allah SWT dikategorikan sebagai riak. Apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia nampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan melanggar hal-hal yang diharamkan Allah SWT.

5. Melampaui Batas Yang Telah Digariskan Oleh Allah.
Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani.

6. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim. Sabda Rasulullah SAW: “Dan apabila bertengkar (berbantah), dia melampau.” 

7. Fitnah :  Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramai supaya mereka membenci atau memusuhinya. Membuat laporan tanpa fakta dan usul periksa serta mengada-adakan cerita. Ia juga tergolong dalam sifat-sifat munafik dan dosa-dosa besar.

8. Mencaci Maki : Tidak berhikmah di dalam berkata-kata dan dalam menyampaikan dakwah. Menggunakan kata-kata kesat terhadap orang lain terutama yang tidak bersependapat dengannya. Firman Allah SWT: “…mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan…” (Surah Al-Ahzab ayat 19)

9.Mengumpat :  Berkata dan menyampaikan sesuatu keburukan orang lain yang tidak benar adalah berdosa kerana ia berupa fitnah. Akan tetapi berkata tentang keburukan orang lain yang benar tetap juga mendapat dosa iaitu dosa mengumpat.

10. Hasad Dengki :  Tidak senang dengan kejayaan orang lain. Tidak senang juga jika sesuatu kejayaan itu terhasil di tangan orang lain dan bukan oleh tangannya sendiri.

11. Dusta ; Orang sombong juga suka berdusta, supaya nampak dia lebih baik dan mulia daripada orang 

Sumber: Tanyalah Ustaz

Semoga kita dijauhkan dari mempunyai sifat sombong itu. 

doa jauh dari sifat sombong


You May Also Like

9 orang rajin komen

  1. betul tu mai.. kdng2 dlm diri kita ni pun ada cuma kita tak sedar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Unni. Slow2 improvekan diri sendiri. :D

      Delete
  2. kita sama2 betulkan diri. tp byk ja busyra jumpa org mcm ni. ada tu org atasan asyik marah org bawahan. kesian tngok. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Busyra, bila jadi bos tu janganlah lupa diri sampai layan org bawahan dgn teruk, semua manusia ada perasaan..huhu

      Delete
  3. setuju sgt =)
    yg ke 1346 . jln2 & follow

    ReplyDelete
  4. Akak.. Boleh dikategorikan dalam riak.. Uhuhu Banyak yang akak wajib untuk perbetulkan diri..

    Dulu, akak tak pandai masak.. Bila dah jadi surirumah sepenuh masa.. Alhamdulillah. Kadang tengok suami makan masakan akak, walaupun tak puji.. Tapi makan penuh selera. Sampai jilat jari..

    Bila jadi macam tu, ada masa akak lupa. Akak rasa bangga. Uhuhu bangga sebab dapat masak sedap memenuhi citarasa suami.. Tapi lepas tu, terus istighfar.

    Lupa yang menjadikan lauk akak sedap, adalah sebab dengan izin Allah.

    Bangga dengan riak.. Lebih kurang kot? Erk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak kak reen, kalau mcm tu mai pun kadang2 ter'riak' sbb suka puji masakan sendiri juga, hehehehe....

      Tapi rasanya kes kak reen ni bg mai tak riak pun, cuma gembira sbb berjaya capai satu target hidup, contohnya masak sedap untuk husband, hihihi,sapa tak happy kan kalau org yg kita syg happy.

      Delete
  5. semoga kak mila dan kita semu dijauhkan dari sifat yang sombong. heiii blog wajah baru lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AAMIIN.. hihihi, amacam, comey tak kak?

      Delete