Buat Sendiri Homemade Wetfood Kucing Kesayangan Kita


Resepi Homemade Wetfood Kucing

Assalamualaikum, Hi. 

Hahaha, dah baca entry Makanan Yang Baik Vs Bahaya untuk Kucing semalam? Ramai juga yang pelik sebab senarai tu dah macam makanan manusia, ye tak. Mesti korang pelik kan takkanlah kucing tu nak pula makan brocoli, labu bagai kan... Kalau bagi mentah gitu mestilah kucing tak suka, tapi kalau kita kreatif gubah sikit jadi Homemade Wetfood untuk si manja kita, mesti dia berselera, siap bertambah-tambah lagi. Sihat pula tu sebab takda bahan pengawet. 

Jadi aku share resepi homemade wetfood untuk kucing, kalau rajin bolehlah korang buat sekali sekala belanja bebudak tu wetfood, aku pun naik jemu tengok diorang makan kibbles je, lagi pula aku dengar tak elok sangat makan kibbles tu boleh jadi batu karang kucing, haish, mintak simpanglah dari kucing aku sakit.

RESEPI HOMEMADE WETFOOD KUCING

Bahan-bahan
1. Seekor ikan tongkol (boleh juga guna 1kg ikan temenung atau sardin atau ayam bahagian dada+hati ayam)
2. Sebatang lobak merah bersaiz besar, kalau kecik guna 2 batang, tak payah banyak-banyak.
3. Sayur (korang boleh guna bayam @ brokoli @ labu , ikut suka tapi pilih satu sahaja janganlah letak semua,pelik nanti jangan kata kucing aku pun tak lalu, dan aku tak sarankan sangat labu sebab kucing aku jadi cirit, tapi kucing orang lain okay je, aku pun tak tahu, tapi tak payah lah eksperimen pula, hahaha)
4. 400ml air
5. Setengah paket agar-agar (untuk keraskan dia macam wetfood beli tu).

Cara-caranya
1. Rebus ikan/ayam sekali dengan lobak merah dan sayur. Tak payah asingkan pun.
2. Asingkan isi ikan, buang tulang.
3. Campur isi ikan/ayam + lobak merah + sayur + air rebusan dan kisar semua pakai blender, jangan tumbuk pula penat je.
4. Masak agar-agar dalam periuk, tunggu sampai mendidih, masukkan bahan yang kita kisar tadi. Kacau-kacau sampai sebati.
5. Dah mendidih, tutup api, masukkan dalam bekas, boleh simpan dalam peti ais.
6. Nanti masa nak hidang kat si bulus, panaskan sikit dalam microwave.

Senangkan? Selamat dan berkhasiat, kalau manusia makan pun tak mati eh, ahahaha. Jimat kos kita dan kucing pun happy dapat makan banyak. So, dah tahu resepi bolehlah try nanti, nak buat birthday cake wetfood untuk kucing korang pun bereh lepas ni. Hahahaha. 


26 comments

  1. Senang buat sendiri kan. Takde bahan2 tmbhn kimia yg tersembunyi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cik renek, kalau bebudak amik makan pun tak risau..

      Delete
  2. terbaik mai.. kite tak punye masa nak buat makanan kucem.. so beli yg siap aje.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kalau cuti2 boleh lah kak Lea...

      Delete
  3. Replies
    1. Hehehehe reward kucing sekali sekala Mrs Fuzy..

      Delete
  4. wahh skg resepi pulak.. memang pncinta kucing mai ni, sunnah Rasulullah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dari seorang penakut kucing skrg mai syg makhluk comel ini, hehehe.

      Delete
  5. Haa ju pun ada meow, mmg better buat homemade wetfood sdiri. Jimat & mudah ! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Jun Zie, haha, kadang2 hati ayam tu kita tak makan pun , bila bt macam ni at least tak membazir, kucing pun suka, campur2 dengan isi ayam.

      Delete
  6. Oo cm tu je eyh. Mek gaul je ikan dgn nasi :$

    ReplyDelete
  7. buat sndiri sbenarnya kucing lg suka kan. sbb lagi sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe tu la, kadang2 kalau beli yang jenama entah apa2 tu lagi banyak jelly dari isi...kesian kucing2...

      Delete
  8. Serius memang boleh jimat. Makanan kucing pun mahal dah sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Siqah, kadang2 lupa beli, tgh malam kucing lapar, pegi 7e lagi tersedak la dengan harga dia, tp terpaksa juga la beli,hhahaha

      Delete
  9. bagusnyaaa...kucing kat rumah makan nasi ngn ikan rebus je.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. HHehehe sekali sekala je ni kak zati.

      Delete
  10. Rajin mai.. tips yg bagus.. semoga berguna juga untuk yg ada kucing..

    ReplyDelete
  11. Kalau ada gambat wetfood lagi cantik dik.. Kalau akak, idok le nak rajin buat gini. Akak punya rebus je ikan, nah ambik makan seko ikan utk stiap kucing.

    Ni bila akak tengah kaya boleh la hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat haritu tak ambil gmbr, hehehe, sama je mcm wetfood kedai kak reen, cuma tak de bau pelik tu

      Delete
  12. Boleh cuba try resipi ni.
    WP biasanya bagi ikan rebus + friskis aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah nanti WP, ringkas je ni, hehehe, harap kucing wp suka, kucing saya suka...

      Delete
  13. skrg mmg buat makanan ni je .kucing sy suka sgttt ,tp rasenya dia mc tak kenyang lah .sbb syik nak je .kalau tak bg kacau org pastu bising .satu bekas brg harga semua total 15ingit untuk (ikah tongkol,carrot ,bayam ,agaragar)tp tahan 5hari je :( rase mcm mahal .tp nak buat mcm mana dia suka dan makin gemok .tp mcm mana nak buat kucing sy knyg makan ? pening lah .ikan tu sy beli sekilo tau lebih .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba guna ayam, kucing mai lebih prefer ayam dari ikan...

      Delete