Kenapa Bloglist Penting?



Apakah kepentingan bloglist untuk kita? Perlukah ada bloglist dalam sidebar or footer blog, mungkin ada yang berpendapat akan menyemakkan ruangan blog mereka. Pada aku, bloglist sangat penting untuk berada dalam blog aku, dan juga penting untuk aku berada dalam senarai bloglist orang lain. Sebab itulah aku tak kisah nak letakkan tak kisah berapa banyak blog yang aku bekenan dalam bloglist blog aku ni, sebab dia bagi benefits both ways, untuk mereka dan juga aku. Hehehe.

Kenapa Bloglist Penting Sangat?

01. Memudahkan aku untuk blogwalking 
Aku sejenis manusia yang selalu usha bloglist sendiri, dan bila aku nampak ada entri baru up je aku akan terus terjah dari bloglist aku. Terutamanya bila kesuntukan masa, aku tak sempat nak buka reading list kat dashboard tu dah, so kalau aku blogwalking pun hanyalah dari senarai bloglist aku je. 

02. Tahu bila rakan blogger update
Dari bloglist juga aku boleh dapat tahu isu semasa bila rakan blogger lain update.Blogger ni macam berjiran, so kalau tetiba seseorang tu senyap je tak berupdate aku akan perasan la dari bloglist aku, apo konolah blogger si polan tu membisu, bolehlah jenguk-jenguk bertanya khabar. Kalau rindu blogger mana-mana yang lama tak berupdate pun aku terjah je dari bloglist tu baca entry lama dia, takdelah aku lupa kewujudannya.

03. Support rakan blogger
Bila aku masukkan blog orang lain dalam bloglist, automaticlah reader aku pun akan nampak list tu dan klik masuk ke blog yang mereka berkenan dihati, cewahh. Itulah cara aku nak support rakan blogger lain, iaitu dengan cara promote mereka secara tidak langsung dari bloglist aku. 

04. Sebagai backlink blog kita
Bila kita dimasukkan dalam bloglist orang lain, so kita dah dapat backlink dari blog tersebut. Kalau satu blog masukkan kita, dah dapat satu backlink, bayangkan kalau beratus beribu masukkan kita sebagai bloglist diorang, jadi banyaklah backlink yang kita dapat. Fungsi backlink ni adalah memudahkan 'spider' (google assistant) untuk crawl index blog kita. Semakin banyak blog kita dilawat oleh 'spider' ni, semakin cerah peluang kita untuk keluar kat first page google search. Pergh, best, best!

05. Mengeratkan hubungan sesama blogger
Pernah tengokkan banyak segmen bloglist yang diwujudkan, dah tentu segmen-segmen macam tu akan mengeratkan hubungan sesama blogger. Hihihi. Blogger yang sombong mana boleh hidup lama dalam medan menulis ni. Aku jenis tak minat buat segmen untuk cari bloglist kat blog aku ni, malas nak kumpul nama, hahahahaha, cara aku pula exchange bloglist, siapa yang letak aku dalam bloglist dia nanti aku letak la balik kat bloglist aku, jangan pula tak habaq, takut tak perasan... Hehehehe, kalau aku terjumpa tu laju-laju aku bookmark nak masukkan balik dalam bloglist aku. So siapa masukkan aku dalam bloglist dia tolong habaq sat naaa. Hehehe. 

Amacam 5 sebab yang aku bagi ni cukup tak nak membuktikan betapa bestnya bloglist ni. Dikesempatan ni juga aku nak mengajak korang untuk masuk dalam Senarai Blogger Malaysia Blogahbar.my milik blogger Ahmad Hasif, caranya mudah je, tinggalkan link korang kat SINI. Jomlah ramai-ramai hebahkan peluang untuk masuk ke Senarai Blogger Malaysia Blogahbar.my ni. 

14 comments

  1. Yup.. bloglist memang penting.. tersangat penting..

    ReplyDelete
  2. saya buat bloglist utk senang blogwalking especially yang baru update. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, sangat memudahkan kita untuk blogwalking.

      Delete
  3. Setuju! Bloglist sangat memudahkan bloggers yang jenis pelupa macam akak ni untuk ke blog bloggera yang lain.

    Lebih mudah untuk tahu latest update entry dari rakan bloggers. Menjimatkan masa untuk kita singgah blog mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak reen, memudahkan kita untuk melawat blog kawan-kawan kita, tahu update terbaru rakan bloggers. Boleh promote blog orang secara tak langsung juga, hihi.

      Delete
  4. hehehe betoi tu mai.. Perlu sbnrnya bloglist ni.. Blog akak tu je tak ter-up lagik bloglist.. Hadoii..

    ReplyDelete
  5. Buatlah segmen kak lea, sempena tahun baru ni, hahaha

    ReplyDelete
  6. bloglist mmg penting. kalau tak dak macam tak smpurna blog.

    ReplyDelete
  7. banyak kebaikannya.
    Selamat tahun baru 2017 Mai.

    ReplyDelete
  8. unni x reti pilih bloglist mai, trasa semua nk baca:( semua UNNI letak dalam bloglist.. pening sikit nk pilih sapa kat bloglist

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha lagi bagus macam tu Unni, senang masukkan je semua. cuma tu la following list mai dah banyak blog usang ..kena pilih2 yg mana aktif je.

      Delete