Perubahan pada blog Mayy Jie.



Assalamualaikum, hi,
Semua yang masuk blog ni mesti nampakkan polls kat atas tu haa. Thank you pada 30 orang yang memberi kerjasama dengan tolong bagitau kat cek loading blog ni laju ke lambat, hehehe. 

Sebenarnya aku terfikir untuk buat polls tu bila aku sendiri rasa loading blog aku ni lambat ya amat. Risau pula aku kalau itu jadi penyebab orang tak nak masuk sini lagi. 70% readers cakap blog aku loading blog ni laju je. Happy hati ini!

Jap! Jangan nak happy sangat sebab lagi 30% cakap blog ni loadingnya lambat. Fuhh. Nampaknya bukan aku sorang yang rasa macam tu lah.

So aku dah buat beberapa perubahan dalam blog ni, dah hasilnya blog ni dah ringan sikit aku rasa. Harap bila korang masuk pun tak rasa lambat jugalah.

1. Kurangkan display dari babab.net 
Aku dah kurangkap display blog dari babab.net dari 8 buah blog kepada 4 buah sahaja, muehehe.

2. Buang iklan Nuffnang Skyscraper
Aku rasa iklan ni tak ganggu loading pun,tapi ganggu pandangan aku,hahahahahaha.

3. Tukarkan Blog Archive kepada drop down menu
Aku sebenarnya tak suka pun jenis drop-down menu ni tapi disebabkan dia ringkas aku try la pakai mungkin dapat menyumbang kepada loading blog aku jadi lebih laju. Tapi lecehlah jenis ni kan. Tengoklah sampai bila aku boleh bertahan.

4. Buang gadget 'labels'
Oleh kerana blog aku ni tak ada niche pun, lebih kepada merepek, so aku dah buang je gadget label tu bukan ada orang nak guna pun. Lagipun bila banyak sangat link dalam blog, kata orang boleh ganggu SEO.

5. Buang gadget 'Contact Me'
Yep lepas buang gadget contact me tu terus aku rasa blog aku semakin laju. Walaupun gadget tu memudahkan untuk orang nak contact aku terus je dari blog aku, tapi nak buat macam mana terpaksa dibuang sebab dia buat loading semakin berat. Aku nak letak gadget 'contact me' tu kat bahagian menu bar kat atas tu je tapi tak tahu coding, so sad. Jadi kalau nak contact aku boleh je terus ke fb ataupun mana-mana laman sosial lain aku, insyaAllah aku akan reply segera. Kalau nak emel aku boleh tengok kat bahagian 'PENULIS'.

6. Buang kotak follower 
Ini adalah perubahan terbesar aku pernah buat kali pertama sejak aku ada blog ni. Berat sangat hati aku nak buang kotak follower tu tapi apakan daya sebab aku sakit hati bila view pakai phone, kotak tu lenyap. Habistu macam mana orang yang pakai phone nak follow aku kan. Tapi takpe, aku dah gantikan dengan button :

Last sebelum aku buang kotak follower tu, aku ada follower sebanyak 1408. Terima kasih semua yang dah follow aku. Sayang korang.

7. Letak button follow Bloglovin'
Ni pun aku letak untuk memudahkan sesiapa yang nak follow aku pakai Bloglovin', just click je button kat bawah setiap post ni ataupun tengok kat sidebar tu, hihi. Jangan lupa follow Google + aku sekali, hehehe.

Okay rasanya itu sahaja perubahan blog aku kali ni. Dah laju kannnn?


Follow
Previous
Next Post »

15 Comments

Click here for Comments
YieN
admin
1/10/2017 4:01 PM ×

Haah, laju laju :)

Reply
avatar
Ana Suhana
admin
1/10/2017 4:07 PM ×

Setiap kali sis singgah blog mai ok je. Cepat je loading semua. Good job mai 😍

Reply
avatar
1/10/2017 4:16 PM ×

Hihi akak masuk ke blog awak okey jea Cik Mai..Lagi laju dari akak... =)

Reply
avatar
1/10/2017 5:21 PM ×

wah nak try lah hehe

Reply
avatar
Flavnesz
admin
1/10/2017 5:25 PM ×

http://www.bloggerplugins.org/2013/05/create-separate-contact-page-for-blogger.html
hope that website helps :3

Reply
avatar
1/10/2017 6:11 PM ×

Setakat nih loading blog mai okay jer. Tadaklah lambat pun

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/10/2017 6:28 PM ×

Ye ke, thanks Yien <3

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/10/2017 6:31 PM ×

Thank you pendapat sis Ana <3

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/10/2017 6:32 PM ×

Ye ke kak Shikin, thank youuuuu...hihihi tp bagi mai blog kak shikin ok je,tak lambat pun.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/10/2017 6:32 PM ×

Try bt polls ni ke Mellya...hahah try la

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/10/2017 6:32 PM ×

wahh thank you a lot Razanah. mmg menjadi......love it!

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/10/2017 8:35 PM ×

Ye ke Zafirah, thanks :D

Reply
avatar
Siqah Hussin
admin
1/10/2017 9:05 PM ×

Siqah okay je selama jenguk blog mai. Laju je.. hii

Reply
avatar
PeRdU cINta
admin
1/10/2017 11:17 PM ×

Alhamdulillah laju...

Reply
avatar
1/12/2017 9:33 AM ×

sebelum ni kak fyna tengok laju jugak.. hehe :)

Reply
avatar