15 Blogging Facts About Me

15 Blogging Facts About Me

Inspirasi daripada ErinAzmir - http://www.erinazmir.com/2017/02/blogging-facts-about-me/

1. Blog ini adalah seperti online diari aku dan cuma akan ditulis perkara yang aku rasa nak tulis. Kebanyakan cerita adalah untuk aku flashback hidup aku hari ini dimasa hadapan memandangkan aku seorang pelupa.

2. Blog ini tiada niche tertentu dan jarang aku menulis dengan nada serius, jadi janganlah baca blog aku dengan nada serius, manja-manja gitueee, bwuekkk, kekekeke. 

3. missobsesi.blogspot.my adalah url yang aku letak semasa gila-gila remaja, aku sendiri rasa url itu childish tetapi aku lebih sayangkan trafik blog untuk tukar begitu sahaja. 

4. Suatu masa dulu aku suka betul dengan template comel dan berwarna warni tetapi kini aku dah jatuh cinta dengan simple look responsive template, dan aku tak ingin patah balik ke masa lalu lagi, cewahhh.

5. Aku pernah terjebak dengan letak lagu rock kapak kuat gila dalam blog TANPA BUTTON PAUSE or STOP. Muahahahahaha, ampunkan daku yang khilaf itu. 

6. Blogger idola aku adalah Abang Ben Ashaari, tetapi aku belum join lagi kelab beliau atau mana-mana kelab blogger di Malaysia ini, huhuhu. Tapi! ye ada tapi. hahahaha, aku join group whatsapp Family Blogger, adminnya adalah http://nurnabla.blogspot.my/.

7. Aku jarang join giveaway berhadiah top-up, bukan sebab berlagak ke apa, sebab aku pakai postpaid, maaflah kawan-kawan, rugi je kalau aku menang nanti, so aku kasi chance la untuk orang lain hadiah tu. Tudiaahhh confident macam menang je kan. Tapi kalau tuan giveaway tu kemain datang jemput aku yang berhati tisu ini, nanti aku join jugak sebenarnya. Lalala~

6. Dalam semua laman sosial aku paling suka blog dan rasa lebih bebas untuk jadi diri sendiri kat sini. 

7. Aku sudah 6 tahun menjadi seorang blogger, dapat ramai kawan dari sini dan ada yang kekal dari dulu hingga sekarang, dan juga ramai kawan baru yang semakin bertambah hari ke hari. Sayangnya aku pun belum berpeluang untuk jumpa sesiapa lagi kat dunia realiti. Kalau ada rezeki mana tahu suatu hari nanti kan?

8. Aku download Evernote dalam laptop dan phone konon untuk selalu latih diri drafting dalam tu, at last aku guna untuk sync maklumat je. Aku lebih selesa menulis draft dalam blog terus, kalau sempat publish, kalau tak sempat habiskan aku draftkan balik je. 

9. Dulu aku seorang penjenayah yang suka ambil gambar sesuka hati dari google, ampunkan saya. Yelah dulu mana la ada kesedaran nak guna stock photos, kurang ajaran gitue, hahaha, sekarang dan banyak belajar dari kawan-kawan baru so baiklah aku guna je stock photo yang confirm-confirm bagi free tu. 

10. Walaupun aku selesa untuk menulis menggunakan kata ganti diri 'AKU' , kadang-kadang aku rasa bersalah juga dengan pembaca yang lebih berusia. Maafkan saya. (Oleh sebab inilah kata ganti diri dalam blog ini selalu berubah-ubah mengikut kesesuaian)

11. Aku tak pernah berpeluang untuk buat review berbayar melainkan aku hanya review hadiah-hadiah giveaway yang aku menang. Dan aku berpendapat tidak salah untuk blogger menerima untuk membuat review berbayar selagi mereka dibenarkan untuk tulis fakta yang benar dan pengalaman yang jujur. 

12. Sepanjang pakai simple template dulu, adik aku yang akan design template aku. Since aku tukar kepada responsive template, semuanya aku buat sendiri. Template pertama yang aku download adalah Sugar daripada ThemExpose, kemudian aku bertukar kepada Rosemary juga daripada ThemExpose. Template ketiga dan terkini adalah Espellete daripada Etsy, hadiah daripada giveaway Kak Reenri. 

13 Sebenarnya aku rasa semua template dalam shop tu macam sama je, aku pun tak tau apa beza diorang, jadi sangat susah untuk aku buat pilihan. Eh ke aku je rasa macam ni?

14. Banyak entry lama yang telah aku draft kerana tahap loya entry tersebut sungguh dasyat. Hahaha.

15. Aku adalah peminat blog sendiri, kekekekeke. Eleh macam korang tak macam tu. :P Gurau je.

Sharelah blogging facts korang pula ❤



Follow

27 comments

  1. Pasal semua template tu macam semua sama, agak la.. So rasa macam rugi pulak kalau nak beli template sendiri.. But mana tau, akan datang ter-berkenan, ada template yang unik ke.. hehe..

    Macam best pulak blogging facts ni.. Nanti la buat.. hikss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, nampak macam sama, tapi selalu juga usha usha, hahahaha, kalau terbekenan kena beli juga lah.

      Buat lah juga nanti Razanah. :D

      Delete
  2. busyra ada baca jgk blog erin pasal ni.. tp malangnya sejak erin beralih pada wordpress busyra dh tak boleh nak komen dkt blog dia. sedih! tak tau kenapa tak boleh komen.. huhu..
    yang no 5 tuuuu. hahahaha. dulu busyra pun sma masa first buat blog letak lagu yang instrumental punya. mendayu gituewww.. hahaha . tapi ada button pause la. :p lawak betul kalau ingat kisah first2 buat blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Busyra ada buat disqus tak? Mai komen sana guna disqus je, ingat nak pasang kat sini tapi family bloggers tak bagi pasang nanti hilang pengomen setia sebab bukan semua ada disqus tu.

      tau takpa, busyra baguih sikit la pasai ada button. hahaha. letak kuat2 pula tu, confident je semua orang suka lagu tu. tapi zaman tu mostly blogger mesti letak lagu, paling femes yiruma - apa rain entah, hahaha.

      Delete
  3. 1. Saya tak join give away.
    2. Saya tak join mana2 kelab blogger.
    3. Saya belum se tahun kat sini tap kawan dah ramai.
    4. Saya letak video kat bawah entry. Blog saya three in one. Tulisan. Gambar. Video. Ada pembaca yg suka video yg saya muatkan.
    5. Blogger idola saya rahsia.
    6. Itu je.
    7. Dah tak ada lagi.
    8. Kalau ada fakta saya tulis lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Kenapa tak join?
      2. Samalah kita.
      3. Wah hebat!
      4. Saya antara pembaca yang suka.
      5. Kenapa rahsia? hehehe.
      6. Ala nak lagi..
      7. Betul ni tak ada lagi?
      8. Ok kalau ada , sambunglah lagi, hihi :D

      Delete
  4. Saya peminat blog nie.. hehehe..
    Menarik gak buat macam nie.. lagi banyak kita kenal pasal owner blog..

    ReplyDelete
  5. Kak Ana tak pernah dengar pasal stock photo tu. Nanti nak Google lah.

    Kak Ana suka baca blog Mai. Kira kak Ana pun peminat blog Mai jugak lah kan 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la macam mai awal2 dulu, kalau nak nanti buat entry pasal stock photos menarik :D

      Delete
  6. Awak mengingatkan sy dulu mmg bedal je amik gmbr dr google.
    Dulu sayang jugak bile nk tukar url blog tu sume, tp fikirkan blog dlu mcm childish sbb tu la tukar

    XX Atheera | http://atheeradayana.com XX




    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe dulu main bedal je, lepastu bagi kredit kat google, hahaha. Hehehehe, sampai masa mmg kena tukar juga url childish mcm ni,hahaha.

      Delete
  7. misobsesi.com << tak nampak janggal pun lah... nampak unik... ada blogspot tu yang nampak pelik sikit... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe Terima kasih pendapat Azlan. Tu la blogspot tu nak kena singkirkan ni...

      Delete
  8. NO 14 sama. sep sikit. akk pun banyak draftkan entry zaman muda2 dulu. akak baca sendiri pun terus meloya ni kan pulak org lain.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kelakar kan.Dulu kalau menaip tak fikir langsung pasal readers, semua rahsia nk cakap. hahahah.

      Delete
  9. tsenyum2 ju baca entry mai ni, lagi part revert entry lama ke draft haha
    Ju pun suka tempplate comel2 tp lebih prefer dgn design blog yg simple skrg mgkin di sebabkn juga faktor usia wahaha
    Bab dgn blog lebih jadi diri sdiri, Ju sgt sokong sb ju pun rasa mcm tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak ju, sekarang ni prefer yang simple2 je.

      Dengan blog bebas jadi diri sendiri sebab most blogger pun sama, jarang jumpa blogger suka menghentam blogger lain macam kat fb, in fact tak pernah jumpa lagi blogger mcm ni.

      Delete
  10. wahhhh.. seronok baca entri Mai yang ni. hehehe ^^

    ReplyDelete
  11. 9. Every blogger sin. Hahaha.

    13. Betul. Trus semua blog kita nampak identical. Bahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa tak buat number 9 tu sah dia tipu ataupun dia innocent gila,hahaha. Hahaha, tu la semua blog nak sama je walaupun harga kemain berbeza2.

      Delete
  12. nadia pun pakai "aku" if entry nadia dlm bahasa . Nadia pun dlu2 amik gmbr dari google.sekarang usaha lebih sikit utk snap gambar sendiri =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha Yeay sama. Betul tu cuma mai malas nak snap sendiri takda specific camera, so ambil dari stock photos je.

      Delete
  13. saya pun rasa teringin nak tukar url blog tapi rasa sayang pula. nanti nak kena bagitau orang ramai yang kita dah tukar link blog pun satu hal pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, paling sayang, trafik blog selama ni. huhuhu

      Delete
  14. Teringin nak guna stock photos tapi still tak guna-guna lagi T___T

    Same here, feel something wrong when I use aku. But, since I try to write in English, this aku, saya thingy is not a problem anymore :) hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe hanis, kalau ada gambar sendiri yang menarik, lebih baik dari stock photos.

      ahaha, tu la, tapi grammar teruk nauu tak berani nak start blog in english.

      Delete