Jatuh Saham Weh...

ICT Kulim

Setelah semalaman berhempas pulas pasang template blog, pada mulanya aku tukar dua template latest dari ThemExpose dan juga Beauty Template yang aku download secara percuma tetapi aku rasa tak serasi pula. Akhirnya aku bertukar kembali dengan theme Espalette ni. Tapi aku beri beberapa nafas barulah, amacam suka tak? Ok last la aku dah insaf lepas ni, no more buang sana tambah sini code ni dah, penat oh nak tukar.

So petang Jumaat ni aku nak jadi lebih produktif dah sihat (kononnyelah), aku ajak anak buah aku beriadah. Antara tempat selesa dan selamat untuk beriadah di Kulim ni adalah taman permainan ICT Kulim. Hahaha macam kelakar pula ICT Kulim, aku tak pernah datang lagi pada waktu malam, family aku bukan jenis melepak malam, nak buat cemno. Tapi ICT Shah Alam aku dah sampai dua kali dah, memandangkan rumah sewa aku dulu sebelah ICT Shah Alam je, buka tingkap nampak ICT mau tak berkobar nak pergi, jalan kaki pun sampai. 

ICT Kulim

Sebelum sampai ke playground sempat ajak aku singgah kat kedai RM2 beli bola tu, aduh, layan jelah, nasib baik sayang. Dah tu baru main beberapa minit minta aiskrim durian pula. Alhamdulillah produk bumiputera, wangi dan sedap aiskrim tu.

Jatuh Saham

Tapi ada ke patut waktu aku beli aiskrim tu, makcik and pakcik jual aiskrim tu cakap aku mak bebudak ni. Aku tak nafikan pun aku biar jelah. Senyum jelah bayar duit, murah je RM1. 

Masa aku duduk dekat bangku tu penat bersenam sekali bebudak ni, ada seorang akak tu datang duduk sebelah aku. Dia tanya 'Anak sulung tu umur berapa?' Hahahaha, aku pun tak tahu nak tergelak ke camne, sebab aku tengok Dania tengah bersenam sambil terjerit-jerit, mestilah orang pelik sebab Dania tinggi tapi perangai macam budak-budak.

"7 Tahun. Hehe." 

"Ohh tinggi, besar dia.. Ingat dah darjah 3 ka." 

Aku pun berborak pasal umur dan sekolah bebudak ni dengan akak tu, ala macam mak mak duk sembang. Aku pun tak tahu nak selit macam mana cakap aku cuma aunty diorang, muahahaha. Agaklah, kalau orang tahu umur aku takkan logik aku ada anak 7 tahun.

Ni mesti muka aku pun tua sekali. Arghh tension betul aku. Hahaha. Semalam tension dengan template, harini tension dengan umur. 

Jatuhlah saham aunty hangpa ni oiii dari dulu jalan mana-mana bawak anak buah. Dari aku 20 tahun ada lesen, aku selalu usung anak buah aku kesana sini alone, kakak aku pun tabik dengan aku sebab dia kata dia tak boleh handle kalau keluar tanpa husband.
Aku anggap tu sebagai pujianlah, hehehe see I can live without a man. 

(Sembang gebang je,nak bukak jem pun cari bapak. Kekekeke.)


Follow

Post a Comment

24 Comments

  1. Template ni memang lawa! miimalist dan kemas lepastu suka entry gerak2 kat atas tu. Tahniah berjaya renovate blog lagi hehe. Nasib laaa jalan bawak anak buah memang jatuh saham habis la! hahah tapi kalau syed keluar dgn kakak, selalu org cakap kami suami isteri. itu lagi jatuh saham kah2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha yang gerak2 tu slider, paker sekali template ni, kebanyakan responsive template memang ada slider.

      Hahahaha sama la kes kita, tak pasal2 jadi tua sebelum usia.hahaha.

      Delete
  2. Replies
    1. Hehehe anak buah ke aunty? Gurau2, thank you cikla.

      Delete
  3. rajin juga bawa anak buah jejalan pastu mesti org pandang dan tegur kte mcm mak bebudak tu. hmmm sabor je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha samalah kes kita dua..hahaha. sabo jelah mampu.

      Delete
  4. Maknanya nampak matang...alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  5. hahaha , alahai . tp zaf tgk tadaklah mcm mak mak pun . hehehe

    ReplyDelete
  6. sis pun tukar sikit wajah template blog... tak tau sebab apa rasa semak ja.. dh tukar baru boleh bernafas sikit.. masalah betoi orang macam kita ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpa,tangan tu tak reti senyap. Pastu kalau ada problem baru nyesal tak da masalah cari masalah. haha

      Delete
  7. Assalamualaikum Mayy,

    Bukan sebab umur Mayy macam mak budak tapi mungkin kakak tu sekadar beramah mesra.. Iskhhh don't worry okay.. Jangan tension sangat.. Blog pun cantik macam tuannya.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kak LZ,

      Hihihi, mungkin lah. Hehehehe ,terima kasih kak, malu titewww

      Delete
  8. muka mai nmpak muka penyayang. sbb tu kot makcik tu ckp mcm tu. hehe.. besar2 dah anak buah mai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha nampak ke penyayang, anak buah kata muka garang je..hahaha. Tu la dah besar2 ni kira nak bergaduh je, tapi bila depa takda,rindu.

      Delete
  9. Template baru lawa lah :D simple je hehe.
    Mungkin makcik2 tu tengok Mayy rapat sangat dgn anak buah kot, layan macam anak sendiri. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi thanks Claudia.

      Mmg rapat dengan diorang ni, tu yang manja lebih tu.haha

      Delete
  10. Itu adalah tanda-tanda bakal seorang ibu mitahli giteww. hahaha. Tabah ajelah aunty Mai :p

    ReplyDelete
  11. akak tu saja cari topik nak berbual 😄

    ReplyDelete
  12. Kalau gitu, nak saham naik kena jalan2 dengan makcik2.
    Nampaklah Mai yang awet muda.

    ReplyDelete
  13. Sis Mayy mesti pandai layan bebudak kan? wife material ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, wife material pulak, malu titeww.haha

      Delete
  14. Hehe, kena pakai baju "Hari ini bawa anak buah jalan-jalan".... Tulis besar-besar kat belakang.... Hehe

    ReplyDelete