Sunshine Blogger Award From Miss Unni Anje


First of all, I wanna thank Unni Anje - https://unnianje.blogspot.my/2017/03/sunshine-blogger-award-mellya-crayola.html - for tagging me in this Blogger Award so I can at least write something even I'm running out of ideas. Yes, absolutely like right now. 

Sorry for no more rules, no more tagging, no more English!!!! Kekekeke. Haa tudia malas la cek nak cakap matsaleh dalam blog ni lagi. Ok kita teruskan dengan soalan tau.

1. Who are you?

Nama diberi Noor Maizan (Cahaya Utama). Anak kepada Mohd Fauzi dan Che Mahani. Abahku seorang jurutera yang selalu bekerja keras untuk kami dan mama pula surirumah yang sentiasa ada bersama kami dan menyayangi kami setiap masa. Aku mempunyai 7 adik beradik, 6 perempuan 1 lelaki. 

Aku berjaya menghabiskan pengajian diploma Mikrobiologi di UiTM Kuala Pilah dan ijazah Biomolekular Sains di UiTM Shah Alam. 

Aku seorang pencinta haiwan, tetapi aku cuma berani untuk memegang kucing setelah berjaya atasi fobia kucing secara berperingkat (Mampu pegang anak kucing - semasa 14 tahun , Mampu pegang bapak kucing - 21 tahun, Mampu beri kucing gigit manja tangan - 24 tahun ). Ya aku tak malu dan berbangga dengan diri aku kerana mampu buktikan yang kucing itu tidak berbahaya. Baca tips atasi fobia kucing dari aku kat SINI


2. During the course of your life is the most embarrassing this ever happened?

Hmm aku tak ingat apa-apa yang pernah buat aku malu setakat ni. Mungkin sebab aku jenis cepat lupa kot. Hehehehe. 


3. You like travel? why?

Nak jawab jujur ke tak eh? Hehehe. Sorry aku tak suka travel setakat ni. Sebab.........aku tak ada duit lah, apa lagi. Maklumlah penganggur.

Minta duit parents untuk pergi travel is so not me tauuu. Biarlah mereka yang nikmati duit mereka. Bagi aku ada buat cara ada, takde buat cara takda. So aku tak pernah kisah dan ada impian nak travel buat masa ini. 

Perhaps lepas aku dah kerja pendapat aku untuk soalan ini berubah? Mana tahu kan. Or ada yang nak taja percutian aku untuk buka sikit mata aku ni ke? Lalala~

4. state in Malaysia,a state where your don't go?

Aku tak pernah sampai ke Terengganu, Sabah dan Sarawak lagi. 

5. Which state cuisine that you like? ( unless your state)

Noghori Sembilan! Aku penggila masak lemak, tolonglah jangan bagi aku makan, nanti bertambah-tambah nasi tu. Aku jatuh cinta sejak belajar di UiTM Negeri Sembilan, dalam 3 tahun aku kat situ, boleh kata itulah lauk aku setiap hari,kekeke. Maklumlah aku kan miss obses. :P obses bukan obes eh!

6. Do you like your job now?

No! Siapa suka jadi pengganggur, aaaa nangis kang. No money no talk, kbye.

7. The most disappointing in your life? why?

Susahnya soalan ni... Aku tak dapat fikir apa yang paling mengecewakan aku. Mungkin sebab aku jenis cepat lupa, ataupun aku jenis redha je apa jadi pun. Kawan aku pernah panggil aku Mai Redho tau, padahal bapak aku Fauzi, ergh!

8. Who is the first person you're looking for if your are in emergency?

My parents! Hehehe. Confirm selamat kalau minta tolong mereka. Kalau bab nakal-nakal sikit aku minta tolong siblings aku, depa sentiasa ada masa aku susah. 

Kalau masa aku jauh dari parents aku dulu dan aku perlukan pertolongan segera (contohnya masa aku excident dan aku tak tau deal dengan orang tu nak repair kereta ke apa ke), aku selalu kacau boyfriend aku je, hehehe. Confirm dia datang tolong, maklumlah doraemon. 

9. What is the first thing, will do when you wake up?

Cari anak kucing, aku takut tertindih dia masa tidur. Mampus. Hahahaha. True story. 

10. If someone give your 10k. what do you do?

Kahwin. 

11 What you like about me? why?

I love you Unni, and i don't need reasons for that. :D
Lillahitaala.

Follow

16 comments

  1. Hihi jadi anak kucing la peneman awak yea Cik Mai sebagai pengganti teddy bear, ehh..ehh.. ada teddy bear tak..? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah beli teddy bear kak Shikin, hehehe. Rasanya bercakap dengan kucing lagi lega dari bercakap dengan teddy bear...Anak kucing jelah akak, kucing besar semua jual mahal tak mau tidur dalam bilik.heheh.

      Delete
  2. Feveret masak lemak .... sama macam CCL jugak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sedap... Ikan patin (sesetengah orang masak), ikan keli, atau ayam memang sedap.....

      Delete
  3. Kalau betul dapat 10k bestnya kan.hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak reen, mimpi ajelahhh nak jatuh sedebuk gitu...

      Delete
  4. Maiii samalahh kita.. Husniey pun takut kucing.. ya Ampunnn 😭😭

    Harap dapat atasi ketakutan itu.. boleh je nak belai belai. Tapi takut masa time kucing bergaduh, dtg kacau masa makan ke apa.. kalau mintak makan, husniey bagi je.. tapi takutt kalau jenis kucing yang macam ganas sikit 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husniey, waktu kucing gaduh memang tak boleh kacau, parah kita nanti,hahahaha. Kalau jenis agresif memang tak boleh pegang masa dia makan, kebanyakan kucing liar macam tu, mungkin sebab dia banyak pengalaman kena siksa dengan manusia kejam,dia jadi agresif dan takut dengan kita.

      hehehe. Mai pun tak berapa berani dengan kucing yang macam ganas. Sebenarnya kucing parsi or yang jenis lawa2 tu yang ganas dan tak manja. Kucing kampung manja dan faham bahasa. Serius.

      Delete
  5. UiTM Kuala Pilah sama macam SIL kak ana. Sama course rasanya. Dulu selalu juga hantar dia ke sana. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun berapa tu kak ana, entah2 kawan saya,hahaha.

      Delete
  6. No 8! Same here! Hihi. Siqah biasa akan call Ayah kalau ada masalah terutama berkaitan kereta. Hihi. Kereta dua kali dah tersadar tepi jalan. Hihi. Ayah is my hero 😍

    Bab dapat 10K tu, ingatkan Mai nak jawab travel. Hihi. Betullah tu Mai. Nak travel wajib guna duit sendiri. Baru rasa berbaloi kita pergi kan :) Siqah suka travel tapi duit pun nak kena save juga. Hii.

    Kahwin lagi best dari travel. Go for kahwin 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, betul abah dengan mak senang cerita... My first superhero and always be number 1, abah.

      Hehehe mai tak suka travel. kahwin je, boleh travel pakai duit husband,kekeke...

      Delete
  7. sy pon suka sngt masak lemak 😍 memang bertambah nasi 😂

    ReplyDelete
  8. bru slesaikan tag dr uni ni tadi hehe

    ReplyDelete
  9. Ohsem lah mai sebab berjaya atasi fobia kucing..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum mai.. maaf la baru tesedar akan entry ni.. bz sgt, unni masih x dpt atasi fobia anak kucing wlpun da lama mcuba.. yeahh stuju sgt dgn mai sapa y suka pngangur then pnggur sudah semnstinya x suka trave, mnikmati duit sndri lebih baik dri menghrp org tua... impian kahwin tu moga tdapai ya..kadg2 kalau org plupa ni best sgala y pahit semua hilang just perlu teruskn melangkh dn jgn sskli myerah


    i love u too mai.. in shaa Allah ada jodoh kita jmpa ya


    ReplyDelete