Kenapa Blog Redirect Busuk.Org ?

by - April 25, 2017


Kalau tiba-tiba buka blog kita lepastu redirect ke web lain, memang gelabah lah kan. Sekarang ni dah ramai blogger menjadi mangsa BUSUK.ORG, tadi masa blogwalking ke blog ini (http://ash-tsukidate.blogspot.com/), aku hanya sempat membaca tajuk entrynya "Tekan Link Blog, Pergi ke Link lain ? Mengapa ?"  tiba-tiba sekelip mata aku diredirectkan ke satu web berwarna purple bertajuk BUSUK.ORG.

Aduhhh, tak sempat nak baca entry. Bahaya betul. So aku buka balik blog dia pastu scroll ke bawah untuk cari cara hubungi dia. Yes! Nampak emailnya dibahagian Author sidebar. Tak sempat copy, sekali lagi diredirectkan ke BUSUK.ORG. Adehhh. Kali ke berapa entah aku berperang dengan masa untuk copy email dia, akhirnya dapat juga. Aku dah emailkan cara buang BUSUK.ORG tu dari blog.

Mujurlah aku dah tahu apa puncanya jadi macam ni sebab dah pernah handle masa blog Yana Jie baru nak comeback haritu, maklumlah bertahun terbengkalai, dia masih pakai gadget ketinggalan zaman, jadi blog dia pun haritu redirect ke BUSUK.ORG ni juga.


Punca Redirect Blog jadi Page Busuk.Org?


Puncanya? Gadget SHOUTBOX BUSUK.ORG yang korang letak dalam blog tu la. Gadget tu dah expired, malangnya, sekali dengan blog kita menjadi mangsa redirect page BUSUK.ORG tersebut. 

Cara Nak Buang Redirect Busuk.Org Tu?

Masuk ke dashboard blog, pilih layout. Cari code shoutbox BUSUK.ORG tu dan terus padam. Save. Dan viewlah blog korang dengan hati gumbira sebab masalah insyaAllah sudah settle.

Janganlah sedih sebab ada alternative lain untuk pasang chatbox kat blog korang, boleh baca kat Tutorial Pasang Cbox Comel yang aku pernah share dulu.

Kalau korang tak pasang shout box busuk tapi jadi masalah macam ni, maybe korang ada pasang code AUTOPING BUSUK.ORG juga. Cubalah cari dah hapuskan segera. 


Semoga berjaya!

Follow

You May Also Like

20 orang rajin komen

  1. Nasibla akak dah buang. Pakai cbox balik.

    ReplyDelete
  2. Macam ni pun ada ye. Tak tahu pun sebelum ni. Thanks for sharing Mai.

    ReplyDelete
  3. oo..patut pun smlm masa bw ada jumpa kes mcm ni.. thanks mai share info ni.. :)

    ReplyDelete
  4. Akk ada ltk busuk ping ni. Hrp2 xde efek lah. Huhu. Kalau ada efek kena follow tuto mai ni.

    ReplyDelete
  5. fuhhh nasib baik sy tak pernah guna busuk.org punya cbox

    ReplyDelete
  6. terbaik Mai dgn penyelesaian utk masalah yg boleh buat kita terkejut heehe..rasanya mana2 blogger yg guna shoutbox busuk.org mesti terkena tempias agaknya..

    ReplyDelete
  7. Hmm... Blog fairuz takde mendalah busuk.org tu. Tapi ada prob tak tengok blog fairuz? Kalau ada, bagitau tau! Masheh... Hee 😁

    ReplyDelete
  8. Owh.. camtu rupanya.. nice sharing Mai..

    ReplyDelete
  9. lah shoutbox expired ke? buat cuak je bila dia redirect tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep awak, shoutbox busuk expired dah,huhu.

      Delete
  10. elsa tak pernah lah hadapi zaman busuk.org tu. tapi mintak dijauhkan lah masalah macamnie huhu

    ReplyDelete
  11. ok, selamat. saya pakai cbox yayy

    ReplyDelete
  12. Amer pernah kena banyak kali pulak tu.. lahaiii..busuk nau perangai nye --

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sabaq jelah kan... Busuk punya olang XD

      Delete
  13. Jasmi belum tau fungsi shoutbox tu utk apa. Blogger Malay ramai yang pakai tu jasmi tengok. Indonesia tak ada.,

    ReplyDelete
  14. Sebelum ni, x tau pula tentang busuk.org ni

    ReplyDelete
  15. Sebab shoutbox pun boleh bagi kesan kat blog ek T_T

    ReplyDelete